Jumlah sitaan keseluruhan daripada operasi berkaitan sindiket e-waste kini sudah mencecah nilai RM3.9 bilion, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, siasatan Polis Diraja Malaysia kini bukan hanya tertumpu kepada penemuan peluru, tetapi juga aspek keselamatan negara, kerana jumlah yang ditemui adalah terlalu besar, iaitu 40 tan peluru hidup, kelongsong peluru, serta jongkong timah.