BERITA SEMASA 3 FEBRUARI 2024
Seorang tekong warga tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika cuba menyeludup keluar empat pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui perairan Tanjung Piai, pada Jumaat.
Sebelum itu, bot fiber tidak bernombor dinaiki mereka dikesan pada kedudukan 1.6 batu nautika barat daya Tajung Piai, pada jam 8 malam.
Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, bot fiber terbabit bertindak memecut laju menuju perairan Indonesia apabila melihat kehadiran bot ronda Maritim Malaysia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/647768/berita/semasa/tekong-darat-dicekup-seludup-pati-di-perairan-tanjung-piai
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Pati