Mahkamah Sesyen Segamat, hari ini menolak permohonan jaminan terhadap seorang penghantar surat yang ditahan atas tuduhan memiliki 'item' berunsur keganasan atau mempunyai kaitan dengan kumpulan Pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam, LTTE.
Keputusan dibuat hakim, Rasidah Roslee, terhadap tertuduh S. Teeran, 38 tahun, selepas memaklumkan permohonan itu perlu dikemukakan kepada mahkamah tinggi untuk kelulusan, berikutan bidang kuasanya yang terhad.