Keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan bekas perdana menteri Najib Razak hari ini telah membersihkan dakwaan bahawa hakim perbicaraan telah terkhilaf dalam sabitannya sebelum ini.
Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram berkata, keputusan tiga hakim Mahkamah Rayuan membuktikan bahawa keputusan hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali adalah mengikut undang-undang dan tiada motif lain yang dipertikaikan.