Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menegaskan, parti itu perlu membina kekuatan sendiri untuk menang dengan selesa dan membentuk kerajaan baru pada PRU akan datang.
Katanya lagi, Umno juga perlu jelas dengan tindakan yang akan diambil untuk menentukan halatuju parti selepas membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Bersatu.
Dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno, Mohamad turut memberi isyarat Umno perlu menarik diri daripada kabinet PN sebaik sahaja darurat ditarik balik pada bulan 8.