¡Sorpréndeme!

NGO demo depan Parlimen isu video semburit

2019-07-04 3,000 Dailymotion

Sekumpulan NGO Pertubuhan Belia Wangsa Maju membuat perhimpunan aman di luar pekarangan bangunan Parlimen bagi mendesak Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali dipecat daripada Kabinet, pagi tadi.

Kumpulan NGO yang berhimpun itu turut memegang kain rentang dan plakad tertulis mesej 'Jangan Bebankan Tun Mahathir Dengan Kes Semburit', 'Azmin sila letak jawatan', 'PDRM Sila Segerakan Siasatan Yang Telus' dan 'Azmin Sila Letak Jawatan Jangan Malukan Negara'.

Semalam, Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz, dipecat daripada parti itu.

Mengumumkan keputusan tersebut, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Ahmad Kassim, berkata pemecatan itu berkuat kuasa serta-merta selepas diputuskan dalam mesyuarat biro politik parti itu.

Pada 12 Jun, Haziq mengakui dirinya terlibat dalam hubungan seks sejenis dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali selepas satu rakaman video menjadi tular.

Haziq mendakwa rakaman itu dibuat tanpa keizinannya.

Azmin menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Ahmad berkata Lembaga Disiplin PKR membuat keputusan itu tanpa memihak kepada sesiapa.