¡Sorpréndeme!

Hadi tetap tak puas cara TH dilayan

2019-01-20 3,107 Dailymotion

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa pihak yang bertindak ke atas Lembaga Tabung Haji (TH) mempunyai agenda untuk memburukkan Islam.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai kedudukan "bukti" tersebut Abdul Hadi dengan pantas merujuk kepada laporan yang disiarkan media massa.

Anggota parlimen Marang itu ditemui media selepas merasmikan Seminar Sejarah PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur semalam.

Bulan lalu semasa berada di London Abdul Hadi mendakwa isu TH digunakan pihak tertentu untuk melaksanakan agenda tersirat mereka bagi menjatuhkan imej Islam.

Ketika ditanya berkaitan laporan polis oleh pegawai TH mengenai keraguan melibatkan kewangan tabung itu pada 2017 serta pendakwaan melibatkan Abdul Azeez, Abdul Hadi berkata media seharusnya memfokuskan jasa TH kepada orang Islam.

Beliau turut menyanggah pihak yang sengaja membesarkan isu TH namun berdiam diri berkaitan skandal yang melibatkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Katanya media kini menjadi hakim dengan menimbulkan persepsi sebelum sesuatu perkara itu dibuktikan kesalahannya.

Kredit Video: Facebook Abdul Hadi Awang