Peniaga diberi tempoh sehingga September untuk mengeluarkan invois cukai yang mematuhi kehendak cukai barang dan perkhidmatan GST kepada pengguna. Pengarah GST, Jabatan Kastam , Datuk T Subromaniam berkata, ia penting bagi memudahkan kawalan ke atas barangan bercukai yang dijual kepada pengguna.