Pelan induk pembangunan kampung Baru dilancar hari ini dengan nilai pembangunan kasar, GDV dianggarkan RM61 bilion. Pelan itu yang bermula tahun ini bakal menjadikan Kampung Baru sebagai pusat kebudayaan Melayu dan aktiviti ekonomi baru di Kuala Lumpur menjelang tahun 2035.