¡Sorpréndeme!

'Saya Islam dan tentera laut AS...'

2017-02-05 2,396 Dailymotion

Seorang bekas tentera laut Amerika Syarikat, Mansoor Shams berdiri di sepanjang jalan Baltimore sambil memegang kertas yang berbunyi 'Saya seorang Islam dan tentera laut Amerika Syarikat. Tanya apa-apa sahaja'.

Bekas tentera laut itu telah mengembara ke seluruh negara dan mengajak sesiapa sahaja untuk bertanyakan tentang pengalaman dan kepercayaannya itu.

NewsHour turut mengikuti Shams di Baltimore untuk mendengar dan berbicara tentang kepercayaan yang dianuti oleh Shams bersama orang awam.