Rakaman tular sepasang suami isteri diganggu seorang wanita dengan menuduh mereka pengganas kerana si isteri memakai purdah.
Utusan Online melaporkan kejadian berlaku di tempat parking di Sydney.
Rakaman tersebut dimuat naik di laman Facebook oleh si suami dan menceritakan pengalaman tersebut.
“Pada mulanya, wanita itu mengetuk tingkap di bahagian isteri saya duduk dan cuba membuka pintu kereta. Isteri saya hanya tersenyum dan melambai ke arahnya tanpa mengetahui apa niat sebenar wanita tersebut."
“Selepas melihat dia bertindak agresif mengetuk-ngetuk kereta saya, saya keluar dari kereta. Ketika itu, wanita tersebut dengan berang bertanya ‘Siapa kamu? Kenapa dia memakai topeng muka (purdah)? Kamu pengganas!! Kamu bawa pistol?’,”.