Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz mempertahankan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang gagal menyghadirkan diri untuk menyampaikan ucaptama pada Persidangan Anti Rasuah ke-16 (IACC) di Putrajaya, semalam.
Katanya, berdasarkan perkembangan semasa dan nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low supaya tidak hadir, tindakan Najib itu berpatutan.