Kira-kira 300 orang menghadiri perarakan sambil membawa lilin menuju ke Stadium Merdeka bagi memperingati perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan pada 9 Julai tahun lalu.
Peserta mula berarak kira-kira pukul 8.10 malam dari Dataran Merdeka walaupun hujan agak lebat pada ketika itu.
Peserta juga dilihat membawa payung berwarna kuning - warna rasmi BERSIH dan memakai baju hujan berwarna sama sebagai tanda sokongan kepada gabungan itu.
Cerita berkaitan: http://www.malaysiakini.com/news/203142
Jurukamera: Shanice See
Suntingan: Azudin Hidzir