Ukraine memaklumkan bahawa negara itu tidak dapat menjamin keselamatan pasukan penyiasat dan kecemasan yang mahu ke lokasi pesawat Malaysia airlines terhempas kerana kawasan berkenaan kini dikuasai oleh pihak pemberontak pro-Russia.
Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman berkata pihaknya telah mengumpul 192 mayat dan meletakkannya di keretapi berhawa dingin tetapi kumpulan pemberontak tidak membenarkan keretapi itu bertolak ke Kiev.