¡Sorpréndeme!

Mahkamah dapati Safwan bersalah menghasut

2015-08-10 5 Dailymotion

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang @ Talib, 24, bersalah atas tuduhan menghasut.

Hakim Norsharidah Awang memutuskan Safwan bersalah mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas berpuas hati ucapannya pada 13 Mei tahun lalu mengandungi elemen menghasut.