¡Sorpréndeme!

Menteri: US$50b jika mahu internet 100 megabit sesaat

2015-08-09 2 Dailymotion

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memaklumkan Dewan Rakyat, negara memerlukan pelaburan kira-kira US$50 bilion jika rakyat mahu dibekalkan dengan internet berkelajuan pada kadar 100 megabit sesaat.

Katanya, perkara itu sukar dilaksanakan kerana negara memerlukan dana untuk pembinaan infratruktur lain seperti membina sekolah, jambatan, lapangan terbang dan hospital.