Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri hari ini mendakwa bahawa kerajaan terpaksa membuat pusingan 'U' terhadap pemansuhan Akta Hasutan 1948 kerana desakan rakyat yang masih mahu undang undang itu dikekalkan.
Sebelum ini pada 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikrar akan memansuhkan undang-undang yang dianggap sebagai lapuk itu.