¡Sorpréndeme!

PAS, jangan pandang rendah orang lain

2015-08-03 3 Dailymotion

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengingatkan kepimpinan utama PAS supaya tidak memandang rendah atau bersikap pesimis dengan kewujudan parti baru, apatah lagi ia adalah atas inisiatif anggota parti itu sendiri.

Katanya, bacaan politik kepimpinan PAS tidak harus terikat dengan sejarah silam seperti penubuhan parti serpihannya - Hamim dan Berjasa - kerana perubahan zaman dan gaya berpolitik rakyat Malaysia berubah.